suria

Sebahagian Lorong Lebuh Raya Bukit Jalil/Puchong Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebahagian lorong Lebuhraya Bukit Jalil/Puchong secara berperingkat mulai 9 Ogos hingga 29 Oktober ini.

DBKL dalam kenyataan pada Selasa berkata penutupan sementara itu bagi membolehkan kerja pengisaran dan penurapan semula permukaan lebuh raya tersebut yang bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi.

"Pengguna diminta berhati-hati dan mematuhi papan tanda lalu lintas semasa kerja penyenggaraan dijalankan. Segala kesulitan amat dikesali," kata kenyataan itu. BERNAMA

Artikel Lain