Pekerja Kilang Ditemui Mati Dengan Kesan Jerut - Semasa | mStar

Pekerja Kilang Ditemui Mati Dengan Kesan Jerut

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang ditemui mati dengan kesan jerut di leher di sebuah pangsapuri di Taman Taming Jaya, Balakong dekat sini Isnin malam.

Mayat Sabturiah Faizal, 19, ditemui dalam keadaan terlentang di atas lantai bilik tidur oleh kakaknya Samsiah, 30-an yang baru pulang bekerja di sebuah kilang berhampiran untuk berbuka puasa pada pukul 7 malam.

"Adik tinggal berseorangan kerana dia bercuti dan saya pulang untuk berbuka dengannya," katanya ketika ditemui pemberita.

Samsiah berkata walaupun tidak ada tanda rumah dipecah masuk, wang tunai berjumlah RM500 dan barangan kemas didapati hilang.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain