suria

Sindiket Pinjaman Wang Haram Tumpas

IPOH: Polis berjaya menumpaskan sindiket pinjaman wang haram selepas menahan enam lelaki dan dua warga China.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, polis terlebih dahulu menangkap tiga suspek dan merampas kereta yang dipandu mereka pada 8 Ogos.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, kami menahan tiga lagi lelaki dan dua warga China yang terlibat dengan sindiket itu.

"Satu serbuan ke atas premis dan sebuah hotel di Ipoh menemui pelbagai buku akaun dan kain rentang.

"Sindiket itu aktif sejak 2010 dan memberi pinjaman kepada 400 orang, kebanyakan mereka yang berpendapatan rendah," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Sementara itu, polis turut menjejaki Yit Choon Hoong @Calvin, 33, yang kali terakhir dilihat di alamat 31, Lebuh Seri Pekan, Taman Klang Utama untuk membantu siasatan.

Artikel Lain