Pengguna Diminta Ikut Jadual Cadangan PLUS Elak Kesesakan - Semasa | mStar

Pengguna Diminta Ikut Jadual Cadangan PLUS Elak Kesesakan

PETALING JAYA: Plus Ekspressway Bhd (PLUS) pada Isnin mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) kepada penggunanya bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pelan perjalanan yang diatur oleh ini akan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dalam menghadapi 1.4 juta kenderaan yang dijangka berada di lebuhraya PLUS pada waktu puncak nanti.

"Jumlah ini adalah peningkatan 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan pada hari biasa.

"Jika semua kenderaan memasuki lebuhraya serentak sudah pastilah kesesakan teruk akan berlaku...sebab itu kita rangka jadual TTA dengan mengagihkan trafik secara berperingkat," katanya pada sidang media yang diadakan di Persada PLUS dekat sini, Isnin.

Menurut Mohammad Fuad, TTA membantu dengan pengagihan trafik mengikut masa dan destinasi tertentu.

Katanya, jadual TTA yang dicadangkan itu ialah pengguna di Lembah Klang yang akan menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor diminta memasuki lebuhraya Utara-Selatan sebelum pukul 12 tengahari.

Bagi mereka yang menuju ke Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping disarankan memasuki lebuhraya antara pukul 12 tengahari hingga 3 petang.

"Mereka yang menuju ke destinasi lebih dekat seperti Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Tampin dan Alor Gajah (melalui Simpang Ampat) bolehlah memasuki lebuhraya antara pukul 3 hingga 6 petang," katanya.

Mohammad Fuad juga berkata, waktu paling sesuai untuk pengguna dari Lembah Klang ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Tanjung Malim, Senawang, Port Dickson dan Seremban memasuki lebuhraya ialah selepas pukul 6 petang.

Menurut Mohammad Fuad lagi, TTA yang dikeluarkan PLUS adalah untuk pengguna yang menggunakan lebuhrayanya pada waktu puncak iaitu dari 16, 17, 18, 30 dan 31 Ogos ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata lebih kurang 50 peratus pengguna lebuh raya telah mematuhi TTA cadangan PLUS pada Aidilfitri tahun lepas dan ia merupakan peningkatan sejak diperkenalkan pada 2007.

Katanya, kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA akan berjaya mengurangkan kesesakan sekali gus melancarkan perjalanan dan selesa kepada pengguna.

Beliau menambah, bagi menggalakkan orang ramai bekerjasama mematuhi jadual ini sebanyak 50,000 jadual telah dicetak untuk diagihkan kepada orang ramai.

Sementara itu PLUS turut mencadangkan waktu memasuki Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan P.Pinang mengikut plat kenderaan.

"Kenderaan yang nombor plat diakhiri nombor ganjil disarankan memasuki laluan ini pada setiap jam ganjil seperti pukul 9, 11, 1 dan 3 petang.

"Kenderaan bernombor plat genap pula masuk ke lebuhraya pada jam genap seperti pukul 4, 6, 8 dan 10," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain