MCA Perlu Terus Dekati Rakyat, NGO - Semasa | mStar

MCA Perlu Terus Dekati Rakyat, NGO

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa anggota parti itu terus mendekati rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan pandangan mereka sentiasa didengar.

"MCA harus berada bersama rakyat dan NGO bagi memenuhi keperluan mereka. Sebagai sebahagian daripada kerajaan, kita boleh menjadi saluran untuk rakyat menyuarakan pandangan.

"Sudah pasti kita akan mengambil usaha bersepadu dan pendekatan bijak bagi menyelesaikan masalah (yang mereka hadapi)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan MCA Wilayah Persekutuan pada Ahad.

Turut hadir Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian, Liow menggesa anggota parti itu bahagian Wilayah Persekutuan terus mendekati pengundi di kawasan bandar terutama Kuala Lumpur, yang berwaspada dengan peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata anggota MCA harus terus mengingatkan rakyat bahawa terdapat banyak program dan bantuan daripada kerajaan bagi membantu mereka mengatasi masalah itu.

"Banyak lagi usaha akan dilakukan untuk pastikan kos sara hidup dapat dikawal. Kita mahu mereka tahu keperluan mereka dijaga dengan baik," katanya.

Liow juga berkata kini desakan rakyat kian meningkat terutama berkaitan akauntabiliti dan ketelusan.

"Jadi, ini perlu dilaksanakan segera. Kita perlu ingat bahawa pengundi di kawasan bandar sering memantau setiap pelaksanaan oleh kerajaan bukan hanya menerusi akhbar, malah telefon bimbit mereka serta media sosial," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain