suria

MB Selangor Nafi Dakwaan Arah Kurangkan Pengeluaran Air Terawat

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menafikan bahawa mereka mengarahkan syarikat subsidiarinya untuk mengurangkan pengeluaran air terawat di loji Sungai Semenyih.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyangkal dakwaan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang mendakwa pengurusan atasan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mengeluarkan arahan kepada Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) untuk mengurangkan pengeluaran air terawat di negeri itu.

"Tidak, tidak ada perkara seperti itu. Setiausaha negeri (Datuk Khusrin Munawi) bertemu dengan mereka (syarikat konsesi) setiap hari, jadi kami tahu.

"Sekarang bulan puasa, jadi kita perlu mengelak melakukan fitnah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya peringkat negeri sempena Hari Raya Aidilfitri pada Isnin.

Dalam laporan akhbar, Mohd Zin berkata, arahan itu adalah punca krisis air di Kajang dan Balakong.

Beliau dipetik sebagai berkata, Pengarah KDEB Suhaimi Kamaralzaman mengeluarkan arahan kepada Abass tahun lalu untuk mengurangkan pengeluaran air terawat dari 548 juta liter setiap hari kepada 454 juta liter.

Artikel Lain