Wanita Warga Indonesia Ditemui Mati Dengan Kesan Tikaman - Semasa | mStar

Wanita Warga Indonesia Ditemui Mati Dengan Kesan Tikaman

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan tikaman dan lebam di beberapa bahagian badannya di sebuah bilik di Jalan PJU 1/2 Kampung Cempaka, Kelana Jaya, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata polis menerima panggilan daripada orang ramai pukul 6 petang tadi sebelum menemui mayat wanita berpakaian lengkap dengan kedua belah tangannya diikat dengan kain.

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui di dalam bilik tersebut kecuali surat pajak. Difahamkan, wanita berumur 40an itu tersebut tinggal di bilik itu bersama teman lelakinya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam Jumaat.

Arjunaidi berkata polis kini menjejaki teman lelaki wanita itu yang dipercayai telah melarikan diri.

"Wanita itu dipercayai mati dua atau tiga hari lepas. Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel