Kehadiran Lebih 10,000 Orang Bukti Rakyat Pedalaman Bawah Sabah Sokong BN - Semasa | mStar

Kehadiran Lebih 10,000 Orang Bukti Rakyat Pedalaman Bawah Sabah Sokong BN

KIMANIS: Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bongawan Datuk Karim Bujang berkata kehadiran lebih 10,000 orang ke majlis berbuka puasa rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di SMK Bongawan II, dekat sini, Sabtu menunjukkan majoriti rakyat pedalaman bawah menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata tindakan dua Anggota Parlimen BN negeri yang menyokong pakatan pembangkang tidak menjejaskan sama sekali aliran sokongan rakyat terhadap BN terutama di pedalaman bawah yang merangkumi kawasan Parlimen Beaufort, Kimanis dan Sipitang.

"Saya melihat rakyat di sini (pedalaman bawah) menyokong kuat Barisan Nasional kerana mereka tahu hanya BN sahaja yang boleh membela nasib mereka.

"Selain itu, mereka semakin yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang banyak melakukan pembaharuan termasuk program transformasi kerajaan yang membawa kebaikan kepada rakyat," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata rakyat pedalaman bawah turut menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang berjaya meletakkan kedudukan kewangan negeri pada landasan yang betul.

Sehubungan itu, Karim meminta rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pemimpin pembangkang yang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan pelbagai isu demi kepentingan politik.

Majlis berbuka puasa semalam turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Musa, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain