Steve Shim Ketuai Suruhanjaya Diraja Sabah - Semasa | mStar

Steve Shim Ketuai Suruhanjaya Diraja Sabah

KOTA KINABALU: Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim telah dilantik untuk mengetuai Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata panel RCI lain terdiri daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Negara Sabah, Tan Sri Herman Luping, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk KY Mustafa.

Najib berkata terma rujukan RCI akan mengkaji sama ada wujud pendatang haram di Sabah yang mempunyai kad pengenalan atau kewarganegaraan.

Jika wujud suruhanjaya berkenaan perlu melihat sama ada dokumen-dokumen kewarganegaraan ini diperolehi secara sah atau sebaliknya.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dazam Shah telah memberi perkenan terhadap cadangan kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Suruhanjaya itu dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh enam bulan.

Perdana Menteri turut mengumumkan terma rujukan suruhanjaya itu yang bermatlamat untuk menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan atau kewarganegaraan.

Beliau berkata siasatan akan menjurus kepada sama ada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah adalah menurut peruntukan undang-undang.

Suruhanjaya juga akan menyiasat sama ada pendatang asing di Sabah yang memegang kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang telah didaftarkan dalam daftar pemilih, katanya.

Selain itu, Najib berkata RCI juga akan menyiasat sama ada pihak berkuasa yang berkenaan telah mengambil apa-apa tindakan atau membuat apa-apa penambahbaikan kepada prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan bagi mengelakkan apa-apa ketidakteraturan daripada segi undang-undang.

Siasatan lebih lanjut juga perlu berhubung prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berhubung dengan pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dengan mengambil kira standard dan norma antarabangsa yang terpakai bagi Malaysia, katanya.

"Ia mengesyorkan apa-apa pindaan atau perubahan untuk memantapkan dan menambah baik prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu," katanya.

Najib berkata RCI juga ditubuhkan bagi tujuan menyiasat sebab-sebab peningkatan populasi di Sabah mengikut pelbagai kategori iaitu warga Sabah yang menetap di Sabah, termasuk mereka yang diberikan kad pengenalan biru dan kewarganegaraan melalui sijil kelahiran (pendaftaran lewat), pekerja asing (termasuk ahli keluarga), pendatang asing tanpa izin (termasuk ahli keluarga) dan pelarian serta meneliti kesannya terhadap bilangan yang mendaftar dalam daftar pemilih.

"Kita juga menyiasat implikasi sosial ke atas masyarakat di Sabah yang berbangkit daripada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dan menyiasat bilangan pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan dengan mengambil kira status mereka sebagai orang yang tidak bernegara".

Najib berkata penubuhan suruhanjaya siasatan itu membuktikan komitmen tinggi kerajaan Persekutuan untuk menyiasat isu-isu yang dibangkitkan berhubung pendatang asing di Sabah.

Beliau berkata kerajaan berharap rakyat Sabah akan mendapat manfaat daripada penubuhan suruhanjaya siasatan berkenaan dan bersama-sama menyokong kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah yang berkaitan.

Sebelum ini, pelbagai pihak di Sabah termasuk parti komponen BN negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) begitu lantang menyuarakan masalah pendatang tanpa izin yang tidak berkesudahan dan berharap kerajaan BN melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.

Berdasarkan jawapan di Parlimen tahun lepas, penduduk Sabah yang berjumlah 651,304 pada 1970 meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian.

Bagaimanapun bagi tempoh dua dekad selepas itu, populasi Sabah meningkat secara ketara kepada 1.5 juta dan dicatat pada 2,468,246 orang menjelang 2000.

Artikel Sebelum

Sarawak Kekal Bumi BN - PM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain