suria

Rakyat Boleh Berjaya Dipentas Dunia - PM

KUCHING: Kejayaan ratu terjun negara Pandelela Rinong memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik menunjukkan rakyat Malaysia boleh berjaya di pentas dunia dengan syarat mereka bekerja keras dan mempunyai kekuatan semangat untuk berjaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ketika bangun bersahur awal pagi Jumaat, beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima khabar gembira tentang kejayaan seorang rakyat Malaysia yang juga anak Sarawak itu mencipta sejarah untuk negara.

"Pandelela, seorang keturunan Bidayuh, mendapat pingat gangsa dalam acara terjun papan anjal 10 meter. Kita tengok saiz badannya kecil sahaja tetapi semangatnya besar," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini.

Majlis itu turut dihadiri Rosmah dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta kira-kira 1,000 masyarakat tempatan.

Artikel Lain