suria

Gempa Bumi Kuat Gegar Barat Laut Iran

KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan kekuatan 6.2 skala Richter melanda barat laut Iran pada pukul 8.23 malam Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa bumi itu terletak di 62km timur laut Iran, dan 6396km barat laut Langkawi, Kedah.

Menurut jabatan itu, mereka sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan maklumat terkini mengenai bencana tersebut.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA

Artikel Lain