suria

Paip Pecah Sebabkan Kesesakan Di Bulatan Templer

PETALING JAYA: Ratusan pekerja lambat tiba di pejabat masing-masing ekoran paip pecah yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di bulatan Templer di sini, Khamis.

Kejadian itu menyebabkan hampir sebahagian jalan ditenggelami air.

Kebanyakan pengguna jalan raya menghala ke Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) menerusi Jalan Othman dan Jalan Gasing.

Seorang jurucakap polis berkata, insiden itu berlaku pada pukul 6.45 pagi dan memaksa mereka untuk menutup laluan menghala ke NPE dari Jalan Gasing.

Kesemua kenderaan mengubah laluan ke Lebuhraya Persekutuan untuk memasuki NPE.

Pekerja Syabas dilihat sedang melakukan kerja pembaikan terhadap sebahagian laluan yang terjejas.

Artikel Lain