suria

Mayat Lelaki Myanmar Ditemui Dengan Kesan Kelar

SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki Myanmar ditemui dengan kesan kelar di leher di sebuah bengkel kereta di Batu 5 Ampang, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata hasil siasatan polis mendapati mangsa merupakan seorang mekanik berusia 30 tahun dari Pandan Jaya, Ampang yang bekerja di bengkel itu yang turut menyediakan perkhidmatan mencuci kereta.

Suspek disyaki di kalangan rakan-rakan sekerja mangsa dan setakat ini enam pencuci kereta rakyat Myanmar ditahan reman sehingga 13 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Mohd Adnan berkata polis kini memburu seorang lagi rakyat Myanmar, dikenali sebagai Sultan berusia lewat 20-an, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata polis menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar leher mangsa. -BERNAMA

Artikel Lain