suria

PM Lawat Kuching Jumaat & Sabah Sabtu

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan melawat Kuching pada Jumaat dan akan menyertai para pemimpin negeri dan warga tempatan berbuka puasa di bangunan Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya di sini.

Pengerusi penganjur, Datuk Misnu Taha, yang juga timbalan ketua setiausaha negeri berkata, perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan diiringi Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Puan Sri Raghad Kurdi Taib ke majlis itu.

Dijadual turut hadir ialah anggota-anggota menteri dan menteri muda Sarawak, anggota parti komponen Barisan Nasional, pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Perdana Menteri dan ketua menteri juga dijangka berucap dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik pada majlis itu.

Selepas itu perdana menteri dijadualkan berlepas ke Sabah dari Kuching, keesokan harinya.

Artikel Lain