Suami Isteri Bersahur Dalam Keadaan Cemas Rumah Dimasuki Penyamun Berparang - Semasa | mStar

Suami Isteri Bersahur Dalam Keadaan Cemas Rumah Dimasuki Penyamun Berparang

BENTONG: Sepasang suami isteri terpaksa bersahur dalam keadaan mencemaskan bila empat penyamun bersenjatakan parang memecah masuk rumah mereka di Kampung Plentong, Karak, dekat sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada pukul 4.00 pagi itu, penyamun terbabit dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu depan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Suspek kemudiannya mengacukan parang ke arah mangsa, masing-masing berusia lingkungan 40-an, dan mengikat mereka.

"Selepas mengikat tangan mangsa, seorang daripada suspek mengawal mangsa manakala tiga lagi menggeledah rumah mereka sebelum mengambil wang tunai RM500, telefon bimbit serta barang kemas yang ditemui dalam almari di bilik tidur mangsa," kata Aziz ketika dihubungi.

Katanya, penyamun terbabit kemudian melarikan diri masuk dalam hutan berhampiran sebelum kedua-dua mangsa berjaya membuka ikatan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Karak dan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bergegas ke tempat kejadian bersama Unit Anjing Pengesan (K-9).

Aziz berkata, selepas kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan