suria

Guan Eng Bidas Komen Manoharan Terhadap Chong Wei

GEORGE TOWN: DAP turut mengkritik komen yang ditulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah M Manoharan terhadap Datuk Lee Chong Wei.

Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata, komen Manoharan mengenai prestasi Chong Wei memperoleh pingat perak di Olimpik London pada Ahad adalah 'terlampau tidak sensitif'.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu majlis di sini, Selasa.

Komen Manoharan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak termasuk sekutunya dalam DAP.

Menerusi tulisannya di Twitter, antara lain menyebut "Malaysia hanya akan menang pingat emas pertama di Olimpik selepas Pakatan mengambil alih Putrajaya dan "Lin DAN menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY."

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kenyataan yang dikeluarkan Manoharan itu tidak mewakili parti dan dilakukan untuk dirinya sendiri.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memberi RM100,000 kepada Chong Wei di atas kejayaannya menjadi rakyat Malaysia pertama menang dua pingat perak di Olimpik.

Artikel Lain