suria

Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM1 Juta Bina Semula Dua Gereja Di Sarawak

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk memperuntuk RM1 juta bagi membiayai pembinaan semua dua buah bangunan gereja bersejarah di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu hari ini berkata peruntukan yang diluluskan baru-baru ini ialah masing-masing sebanyak RM500,000 untuk gereja St Luke di Sri Aman dan St Augustine di Betong.

"Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Menteri Hal Ehwal Sarawak telah berbincang dengan Perdana Menteri bagi membina semula bangunan gereja yang wujud sejak 1841 itu," katanya.

Jabu berkata demikian semasa menyaksikan majlis penyerahan cek kepada jawatankuasa kedua-dua gereja oleh Uggah.

Beliau berkata peruntukan persekutuan itu tepat pada masanya selepas jawatankuasa gereja bekerja keras untuk mengumpul dana sejak 10 tahun lalu bagi membina semula bangunan gereja. -BERNAMA

Artikel Lain