JPJ Sasar Kurangkan Kemalangan & Kematian Penunggang Motosikal Sempena Aidilfitri - Semasa | mStar

JPJ Sasar Kurangkan Kemalangan & Kematian Penunggang Motosikal Sempena Aidilfitri

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mensasarkan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan angka kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal dalam operasi sempena Aidilfitri mulai 12 hingga 26 Ogos.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed berkata statistik menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal yang terlibat dalam kemalangan jalan raya menyumbang 60 peratus daripada angka kematian tahun lepas.

Menerusi operasi penguatkuasaan sempena Aidilfitri, JPJ akan mengerahkan 1,806 anggotanya di seluruh negara bagi memantau 32 terminal bas, penyamaran bas ekspres dan meletakkan anggota di kawasan bermasalah atau 'Black Spot', katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Jaafar berkata anggota JPJ yang ditempatkan di terminal bas akan memeriksa semua bas termasuk tayar dan brek bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dan selamat sebelum memulakan perjalanan.

Katanya selain itu pihaknya turut bekerjasama dengn Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memeriksa pemandu bas bagi memastikan mereka bebas daripada dadah atau bahan terlarang. Selain itu, Jaafar berkata beliau juga turut mengarahkan anggotanya melakukan penyamaran bas ekspres yang dijalankan setiap hari bagi memantau kesalahan yang dilakukan oleh pemandu seperti gagal mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Saman akan dikeluarkan selepas bas tersebut sampai ke destinasi yang dituju," katanya.

Jaafar berkata pendekatan psikologi juga turut diterapkan dalam operasi kali ini iaitu dengan meletakkan anggota JPJ di 96 kawasan 'black spot' di seluruh negara selama 24 jam dan turut memasang suar atau 'blinkers' bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

"Bila ada anggota JPJ ia akan beri kesedaran mengenai persepsi telah ditangkap (POBC) di kalangan pengguna jalan raya di mana mereka akan berhati-hati bila nampak anggota JPJ yang berada di setiap kawasan tersebut," kata Jaafar.

Dalam operasi malam tadi yang disertai Polis Di Raja Malaysia(PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar(JAS) dan Puspakom itu, 111 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu dan lesen tamat tempoh serta turut menyita 26 motosikal. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain