suria

Kerajaan Selangor Ambil Alih Hutang Urus Asrama Unisel - MB

KUALA SELANGOR: Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih hutang Universiti Selangor (Unisel) dengan sebuah syarikat yang menguruskan asrama universiti itu.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak mendedahkan bilakah tindakan itu akan diambil, berkata proses berkenaan mengambil masa.

“Unisel tidak mampu untuk membayar syarikat yang menguruskan asrama kerana peruntukan yang diterima pengambilan pelajar sahaja tidak mencukupi.

“Kerajaan negeri akan mengambil alih menyelesaikan masalah dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita di Masjid Nurul Huda, Ahad.

Dilaporkan bahawa beribu-ribu pelajar tidak dibenarkan masuk ke asrama di universiti itu bermula Ahad lalu selepas Unisel gagal menjelaskan bayaran pengurusan kepada syarikat yang menguruskan asrama berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain