Jangan Mudah Percaya Berita Disiarkan Di Internet - Syed Ali - Semasa | mStar

Jangan Mudah Percaya Berita Disiarkan Di Internet - Syed Ali

KUALA LUMPUR: Golongan belia di negara ini perlu berfikir secara matang dalam menilai setiap berita yang tersiar di Internet dan tidak terlalu mudah mempercayainya.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata ini kerana tuduhan dan fitnah yang tersebar di Internet semakin berleluasa dan membimbangkan.

"Saya berharap golongan remaja berfikiran terbuka apabila mendapat sesuatu maklumat dan jangan cepat percaya dengan berita yang disiar, terutama di media alternatif (blog). "Tolong guna akal fikiran untuk menilai satu-satu isu kerana kalau adik-adik (remaja) main ikut saja, boleh salah tafsir, dan yang akan jadi rugi adalah kita sendiri," katanya ketika merasmikan Program Rahmat Ramadan Siri Tiga, pada Sabtu.

Pada majlis itu, Syed Ali menyampaikan duit raya dan barangan keperluan harian kepada 30 penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, anak yatim, dan pelajar Sekolah Tahfiz Al Yamani Kampung Baru.

Beliau berkata tahun ini, Umno Bahagian Cheras memperuntukkan RM400,000 sebagai bantuan kepada 3,000 penerima.

Program anjuran Pergerakan Puteri Umno bahagian Cheras dengan kerjasama Kelab Perintis Muda itu dihadiri 300 pelajar dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill, Kolej Segi, Kolej Profesional Baitulmal dan Kolej Polytech Mara. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain