Geng Kerinchi Tumpas, Empat Pemegang Pas UNHCR Ditahan - Semasa | mStar

Geng Kerinchi Tumpas, Empat Pemegang Pas UNHCR Ditahan

KAJANG: Polis menahan lima warga Indonesia dipercayai anggota Geng Kerinchi, yang aktif menyamun menggunakan pukau di sekitar Kajang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mereka yang berusia antara 24 dan 32 tahun itu dipercayai menyamun lima buah rumah dalam tempoh tiga minggu selepas memasuki negara ini melalui Batam, membabitkan kerugian melebihi RM60,000.

Katanya, dalam kejadian pukul 3.30 pagi Jumaat lalu, lima lelaki terbabit, yang bersenjatakan pisau dan pedang samurai, memecah masuk rumah yang didiami sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka melalui tingkap yang diumpil, sebelum memasuki bilik utama dan mengikat pasangan itu menggunakan dawai penyangkut baju.

"Modus operandi geng ini ialah dengan mengumpil pintu atau tingkap, masuk ke rumah, ambil tong gas di dapur untuk pecahkan pintu bilik dan ikat mangsa. Geng ini juga mempunyai jadual tertentu sebelum menyamun, tanpa mencederakan mangsa," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Ab Rashid berkata, polis menahan empat suspek di rumah kongsi mereka di sebuah kilang papan di Batu 1, Semenyih dan seorang lagi ditahan keesokannya di rumah kongsi sama, yang membawa kepada rampasan beberapa barangan antaranya, sebilah pedang, minyak dipercayai digunakan untuk memukau mangsa, tangkal, empat rantai emas dan gelang tangan, enam jam tangan, sebilah pisau dan sebuah komputer riba.

Dalam perkembangan lain, Ab Rashid berkata, empat lelaki warga Myanmar pemegang pas Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ditahan di dalam sebuah kereta di Sungai Long, Kajang, pada kira-kira 2.30 pagi Ahad lepas dipercayai baru selesai menyamun.

Beliau berkata, siasatan ke atas kenderaan jenis Honda City yang dinaiki lelaki terbabit menemui pelbagai peralatan memecah rumah dan beberapa mata wang asing dari pelbagai negara.

Katanya, rekod polis menunjukkan kumpulan itu, dipercayai bergerak aktif sejak awal tahun ini dengan mensasarkan kawasan Kajang, Ampang, Cheras, Serdang dan Seremban sejak awal tahun ini dan terlibat dalam sembilan kes samun membabitkan nilai kerugian lebih RM50,000.

"Kesemua mereka yang mempunyai rekod jenayah lampau, dan bekerja sebagai pendawai elektrik, pemasang pendingin hawa dan pemasang kabel itu ditahan reman sehingga 15 Ogos ini," katanya.

Dalam kes berasingan, Ab Rashid berkata, polis menemui semula sebuah daripada dua lori yang dilarikan dalam kejadian samun melibatkan lapan lelaki warga India membabitkan tiga buah kilang secara serentak di kawasan Perindustrian Selesa Jaya, Balakong, pada 6.45 pagi Ahad lepas.

Seorang lelaki warga India berusia 46 tahun, yang bekerja sebagai pemandu forklift di kawasan perindustrian itu, ditahan sehari kemudian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?