Gagal Daftar Perkahwinan Punca Anak Sukar Dapat Kerakyatan - Fatimah - Semasa | mStar

Gagal Daftar Perkahwinan Punca Anak Sukar Dapat Kerakyatan - Fatimah

KUCHING: Kegagalan sebilangan rakyat tempatan mendaftarkan status perkahwinan mereka dengan wanita warga asing menjadi antara punca anak gagal didaftarkan sebagai warganegara.

Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata banyak kes dilaporkan membabitkan rakyat Sarawak khususnya yang bekerja di sektor pembalakan di Papua New Guinea berkahwin dengan wanita asing dan menetap di situ, untuk beberapa tahun.

"Bila rakyat tempatan berkahwin dengan warga asing, mereka perlu mendaftar status perkahwinan mereka kepada pihak yang berkenaan untuk mengelak pelbagai kesulitan dan kesukaran anak mereka untuk mendapat status kerakyatan negara ini," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian bungkusan kuih raya sumbangan Persatuan Masakan dan Kuih Sarawak kepada 80 anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim di sini, Sabtu.

Fatimah berkata akibat tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan sijil beranak, anak terbabit pastinya sukar untuk mendapat peluang pendidikan apabila membesar kelak. Justeru beliau menasihati rakyat Sarawak yang berkahwin dengan wanita warga asing supaya berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di luar negara meskipun usia perkahwinan mereka melebihi tiga atau empat tahun.

Usaha ini, katanya memudahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat menghulurkan bantuan bagi kanak-kanak yang mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

"Dengan berbuat demikian (mendaftar) kita juga dapat mengelakkan anak-anak daripada tercicir sama ada dalam pelajaran ataupun kemudahan lain yang disediakan kerajaan,' katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Beri Sokongan Kepada Chong Wei - PM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain