Polis Tahan Wanita Thailand Bagi Bantu Siasatan Kes Bunuh - Semasa | mStar

Polis Tahan Wanita Thailand Bagi Bantu Siasatan Kes Bunuh

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita Thailand yang dikenali sebagai 'Mek Na' yang juga merupakan individu penting dalam kes pembunuhan seorang rakyat Indonesia di Kampung Tapah, Setiu, Sabtu lalu diberkas polis petang Khamis.

Wanita berumur 33 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan warga Indonesia yang dikenali sebagai Heri, 32, yang mayatnya ditemui dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit di kampung itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata wanita yang juga merupakan teman wanita kepada suspek utama itu ditahan kira-kira 2.20 petang di sebuah rumah di Kampung Payong, Setiu.

"Wanita itu ditahan bagi membantu siasatan kerana pihak polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan disebabkan perasaan cemburu membabitkan wanita itu.

"Kita akan jalankan siasatan lanjut ke atas wanita itu dan percaya pihak polis dapat menyelasaikan kes pembunuhan tersebut," katanya ketika dihubungi Jumaat.

Pada Khamis, suspek utama kes berkenaan seorang lelaki warga Thailand berumur 51 tahun menyerah diri setelah gambarnya disiar di akhbar dan televisyen baru-baru ini.

Suspek itu kini ditahan reman sehingga 9 Julai bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain