suria

Polis Pasir Puteh Rampas Mercun Bernilai RM8,000

PASIR PUTEH: Polis Pasir Puteh merampas mercun dan bunga api bernilai RM8,000 daripada seorang lelaki di Kampung Padang Pak Omar, Selising, di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata mercun dan bunga api itu ditemui dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda milik lelaki berumur 34 tahun tersebut.

"Lelaki itu ditahan pada pukul 12 tengah hari dan semua bunga api dan mercun itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Beliau berkata empat hari lepas polis menahan seorang pemuda setelah didapati menyimpan mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM300.

Katanya mereka akan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda tidak lebih RM10,000. - BERNAMA

Artikel Lain