suria

Polis Marin Rampas 105 Kotak Mercun

Azmi Ibrahim (tengah) bersama Ketua Bahagian Operasi dan Risikan Polis Marin Wilayah Timur, DSP Mohd Yazib Abdul Aziz (kanan) dan Pegawai Gerakan Operasi Polis Marin Wilayah Timur, ASP Mohd Khairuddin Jamal menunjukkan pelbagai jenis mercun yang dirampas dalam satu sidang media di Kuantan pada Rabu. Gambar: Bernama.

KUANTAN: Polis Marin mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api oleh dua individu apabila merampas 105 kotak berisi pelbagai barangan larangan itu di kawasan persisiran pantai Kuantan, awal pagi Rabu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Timur ACP Azmi Ibrahim berkata rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta Proton Perdana di hadapan sebuah stesen minyak di kawasan Chendor, Cherating dekat sini pada pukul 3.30 pagi.

"Dua lelaki di dalam kereta itu melarikan diri ke dalam semak yang gelap," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam kereta itu, polis menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api seperti happy boom, mercun bola dan disco flash yang dianggar bernilai lebih RM6,000.

Azmi berkata rampasan itu merupakan kes keenam dibuat Polis Marin Wilayah Timur sepanjang tahun ini. BERNAMA

Artikel Lain