Polis Keluar Waran Tangkap Terhadap Lelaki Disyaki Tipu Warga Emas - Semasa | mStar

Polis Keluar Waran Tangkap Terhadap Lelaki Disyaki Tipu Warga Emas

TAWAU: Polis mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun selepas dia gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan menipu warga emas.

Lelaki itu didakwa menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan untuk menawarkan khidmat membantu orang tua memperoleh bantuan kebajikan.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata suspek, Basri Saifudin, yang berasal dari Kampung Berungis, Tuaran, sepatutnya hadir ke mahkamah di sini pada 19 Julai lalu bagi menghadapi tuduhan berkenaan.

Katanya Saifudin dan beberapa lagi rakannya yang masih bebas disyaki terlibat dalam tujuh kes memperdaya warga tua.

"Ada tujuh kes seperti itu dilaporkan sejak awal tahun ini. Mangsa-mangsanya ialah warga tua berumur antara 60-an hingga 70-an tahun. Kerugian yang dialami tujuh mangsa itu ialah antara RM15,000 hingga RM20,000," katanya kepada pemberita di sini.

Warga tua yang mahukan bantuan daripada kumpulan itu diminta menyerahkan barangan berharga seperti emas dan telefon bimbit kononnya untuk digunakan dalam proses permohonan bantuan itu nanti.

Bagaimanapun, selepas memperoleh barangan itu, kumpulan itu terus menghilangkan diri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Marin Rampas 105 Kotak Mercun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain