Lima Lelaki Baju Sedondon Rompak Kedai Emas - Semasa | mStar

Lima Lelaki Baju Sedondon Rompak Kedai Emas

KLANG: Lima lelaki berpakaian sedondon berwarna kuning berjalur merah dan berjaket hitam serta bertopi keledar mengambil masa kurang 40 saat untuk merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya besar di Jalan Kebun di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop berkata dalam kejadian kira-kira 11.50 pagi itu, kumpulan lelaki bersenjatakan tukul besi, parang dan sejenis alat dipercayai pistol meluru masuk ke dalam kedai emas itu lalu memecahkan cermin pameran barangan kemas.

"Ketika kejadian, terdapat seorang pekerja dan pelanggan di dalam premis itu yang sedang berurus niaga. Empat daripada lelaki berkenaan memecahkan cermin pameran manakala seorang lagi mengambil beberapa barangan kemas dianggarkan bernilai RM10,000," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Beliau berkata kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja bernombor pendaftaran CBG 5610 yang merupakan kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Seksyen 15, Shah Alam semalam.

Mohamad berkata kumpulan penjenayah itu yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 30-an dipercayai melarikan diri ke arah Kampung Jawa.

"Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kumpulan penjenayah terbabit masuk dari arah pintu tepi pasar raya berkenaan dan menuju ke kedai emas itu serta melarikan diri mengikut laluan sama.

"Kita juga percaya kumpulan ini baru terbabit dengan aktiviti jenayah berdasarkan cara rompakan mereka serta gagal melarikan barang kemas dalam jumlah yang banyak," katanya.

Beliau berkata kedai emas itu tidak mempunyai pengawal keselamatan.

Mohamad menasihatkan pemilik kedai emas memasang CCTV pada tempat strategik bagi memudahkan kamera berkenaan merakam penjenayah sekiranya berlaku kejadian samun atau rompak.

"Jangan letak (CCTV) terlalu tinggi kerana kamera tidak boleh rakam penjenayah dengan jelas. Pada masa sama, semua pemilik (kedai) diminta lebih berhati-hati terutamanya menjelang musim perayaan," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain