suria

Kerajaan Selangor Peruntuk Dana Khas Biaya Kos Guaman Rafizi – Abdul Khalid

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menyediakan dana khas untuk membantu membiayai kos guaman berhubung pendakwaan terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di mahkamah pada pagi Rabu.

“Kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk menolong membiayai kos guaman saudara Rafizi Ramli,” katanya menerusi tulisan di Twitter.

Mohd Rafizi ditahan polis pada pagi Rabu atas dakwaan mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp).

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (Bafia).

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri mengecam penangkapan dan pendakwaan terhadap Mohd Rafizi berhubung kes berkenaan.

Mohd Rafizi bagaimanapun mengaku tidak bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit di bawah Baifa.

Hakim Mahkamah Sesyen, Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR, sebagai penjamin.

Artikel Lain