suria

Jais Digesa Ambil Tindakan Terhadap Tazkirah Politik Di Masjid, Surau

SHAH ALAM: Sekumpulan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang memberi tazkirah berunsurkan politik di masjid dan surau.

Kumpulan NGO itu menyuarakan kebimbangan mereka terhadap ahli politik yang tidak bertauliah dalam agama menyalahgunakan masjid dan surau.

Mereka menyerahkan memorandum kepada pemangku timbalan pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad pada Selasa.

Tujuh NGO tersebut ialah Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Perkasa, Jati, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor, Waris Malaya, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) dan Gerakan Masyarakat Prihatin Selangor.

Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, Jais perlu memantau masjid dan surau, dan memberi perhatian terhadap setiap aduan serta mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

“Kami mahu masjid dan surau dijadikan sebagai tempat untuk beribadat, yang bebas daripada pengaruh politik,” kata beliau.

Artikel Lain