suria

Tertuduh Kes Dadah Meninggal Dunia Ketika Pertuduhan Dibaca

Kompleks Mahkamah Melaka gempar apabila seorang tertuduh kes dadah rebah dan meninggal dunia selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Majistret di Melaka, Isnin. Kelihatan anggota polis mengusung mayat tertuduh untuk dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan buat masa ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. -fotoBERNAMA

MELAKA: Kompleks Mahkamah Melaka gempar apabila seorang tertuduh kes dadah rebah dan meninggal dunia selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Majistret petang Isnin.

Sejurus sebelum kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang itu, mangsa, Fazlie Khamis, 28, dilihat duduk dalam keadaan lemah di tepi kandang tertuduh dengan air liur meleleh dan tidak menunjukkan sebarang reaksi, menyebabkan jurubahasa mahkamah terpaksa membacakan semula pertuduhan terhadapnya.

"Tertuduh kemudian jatuh melutut sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia oleh seorang anggota perubatan yang berada di mahkamah ketika itu," kata seorang saksi yang enggan dikenali ketika ditemui di kompleks mahkamah di sini.

Fazlie ditahan petang Jumaat lepas di Batu Berendam berhubung kesalahan memiliki 2.5 gram heroin mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibawa dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk pendakwaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian tersebut dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan buat masa ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Sapiah pula berkata beliau hanya menyedari kejadian itu selepas melihat kakitangan perubatan masuk ke mahkamah majistret berkenaan.

"Saya masuk ke dalam dan terkejut melihat keadaan Fazlie yang telah rebah lalu segera memangkunya yang ketika itu berada dalam keadaan lemah sebelum dia disahkan meninggal," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain