Tan Sri Arshad Ayub Dianugerah Bintang Pribumi Perkasa Negara - Semasa | mStar

Tan Sri Arshad Ayub Dianugerah Bintang Pribumi Perkasa Negara

KUALA LUMPUR: Tokoh pendidikan, Tan Sri Arshad Ayub dianugerah 'Bintang Pribumi Perkasa Negara' dan dinobat sebagai 'Bapa Modal Insan Pribumi Negara' oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pada Ahad.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang menyampaikan anugerah itu kepada Arshad, berkata Majlis Tertinggi Perkasa memberi anugerah itu berdasarkan usaha dan pengorbanan tokoh tersebut sebagai antara pelopor dalam memartabat pendidikan tinggi kepada golongan Bumiputera, khususnya kaum Melayu di negara ini.

"Beliau diberi anugerah itu bagi mengiktiraf sumbangan, peranan dan perjuangan beliau membangunkan pendidikan profesional di kalangan anak Melayu dan Bumiputera di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman.

Beliau berkata Arshad, Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), menjadi arkitek bagi penubuhan Institut Teknologi Mara (ITM) yang menjadi gedung modal insan pribumi teragung di Malaysia.

"Saya mencadangkan supaya diadakan satu teater muzikal bagi menceritakan kisah pengorbanan beliau membangunkan UiTM supaya generasi kini mengenali perjuangan tokoh ini dalam memartabatkan pendidikan negara," katanya.

Sementara itu, Arshad berkata generasi muda kini perlu mengutamakan pendidikan bagi mencapai kemajuan.

"Generasi kini perlu menggunakan 100 peratus peluang yang disediakan dalam bidang pendidikan kerana itulah satu cara bagi memajukan bangsa dan negara," katanya yang menjadi pengarah pertama ITM dari 1967 hingga 1975.

Semasa menjadi pengarah ITM, beliau mengambil langkah mengangkat martabat kaum Melayu, khususnya pelajar luar bandar, dengan membuka lebih banyak peluang untuk mereka belajar di institusi pengajian tinggi.

"Sekitar 1970-an, alternatif pendidikan tinggi bagi kaum Melayu hanyalah Universiti Malaya. Jadi, saya mengambil langkah membuka lebih banyak program pengajian subprofesional dan profesional seperti akauntan, pengurusan ladang, perbankan dan kejuruteraan (di ITM)," katanya.

Arshad, 84, adalah lulusan Ekonomi dan Statistik serta masih aktif sebagai pentadbir, khususnya dalam dunia korporat dan pendidikan.

Sebelum ini, Perkasa memberi anugerah sama kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk sumbangannya dalam aspek kepimpinan negara dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor bagi aspek keselamatan negara. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain