suria

Malaysia Ucap Takziah Kepada Ghana

KUALA LUMPUR: Malaysia pada Isnin mengucapkan takziah kepada Ghana di atas kematian presidennya, John Atta Mills, Selasa lepas.

Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini berkata Timbalan Menteri Luar, Kohilan A. Pillay menandatangani buku ucapan takziah bagi pihak kerajaan Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Ghana di sini.

Dalam perutusan takziah, Kohilan berkata pemergian Mills bukan sahaja satu kehilangan besar kepada kerajaan republik itu malah juga kepada rantau Afrika secara menyeluruh.

"Diharapkan agar rakyat Republik Ghana terutamanya keluarga terdekat mendiang diberikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi saat-saat sedih ini," katanya.

Dilaporkan Mills, 68, baru-baru ini berlepas ke Amerika Syarikat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan namum punca kematiannya tidak diketahui. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain