suria

Majlis Perbandaran Taiping Batal Projek Pembinaan Gerai Makanan di Taman Tasik

TAIPING: Majlis Perbandaran Taiping telah membuat keputusan untuk membatalkan pembangunan projek pembinaan gerai makanan dan cenderahati berhampiran ikon kawasan hijau yang terletak sepanjang Jalan Pekeliling dan Taman Tasik Taiping.

Sebaliknya, mereka akan mencadangkan dua kawasan pilihan kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang bertanggungjawab dalam projek tersebut.

Cadangan kawasan pilihan tersebut ialah di belakang tandas awam di hadapan pusat rekreasi air dan di taman permainan kanak-kanak yang terletak berhampiran dengan gelanggang tennis.

Keputusan majlis tersebut dibuat selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan menandatangani memorandum bantahan agar pembinaan merancang kembali pembinaan lapan gerai makanan, kedai kraftangan dan cenderamata di Jalan Pekeliling di taman tasik berkenaan.

Walaupun tiada kawasan hutan akan ditebang, mereka bimbang projek bernilai RM3.6 juta yang dilaksanakan NCIA akan ‘mengancam’ alam sekitar dan menebang pokok-pokko hijau sedia ada, terutamanya di kawasan taman tasik yang tertua di negara ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain