suria

Diugut Dengan Jarum Suntikan Sebelum Curi Dua Paket Nescafe

Lelaki yang mencuri dua bungkus Nescafe dibawa ke balai polis setelah berjaya diberkas oleh kakitangan sebuah pasaraya di Jalan Petani, Kuala Terengganu.-fotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja wanita mendakwa ditumbuk manakala pemandu syarikat itu pula diugut dengan jarum suntikan oleh seorang lelaki yang mencuri dua paket Nescafe di sebuah pasar raya di sini, Isnin.

Pekerja berkenaan, Nur Azrin Mustafa, 21, berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, dia berada di kaunter bayaran dan melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Saya kemudian nampak dia masukkan beberapa bungkus Nescafe ke dalam baju namun saya hanya diam dan memaklumkan kepada seorang pemandu pasar raya untuk memantau lelaki itu," katanya ketika ditemui pemberita.

Nur Azrin berkata ketika lelaki itu ingin beredar, pemandu itu menahan dan memeriksa lelaki tersebut dan menemui dua bungkus Nescafe berharga RM21.69 di dalam bajunya. Menurutnya, lelaki itu bertindak agresif dengan menendang pemandu tersebut untuk memboloskan diri.

Nur Azrin berkata dia berjaya memegang baju lelaki itu dan mendakwa ditumbuk di bahagian muka sebanyak tiga kali manakala pemandu itu pula diugut menggunakan sebatang jarum suntikan.

Bagaimanapun, lelaki itu diberkas tidak jauh dari pasar raya tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain