Ketiadaan Pemimpin: Penjawat Awam Diingatkan Tidak Abai Tugas - Semasa | mStar

Ketiadaan Pemimpin: Penjawat Awam Diingatkan Tidak Abai Tugas

SEPANG: Kakitangan awam tidak seharusnya mengabaikan tugas mereka hanya kerana Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang baru masih belum dilantik, kata Ketua Setiausaha Kerajaan Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

"Sistem sudah ada dan mereka hanya perlu terus bekerja. Jangan jadikan ia alasan untuk berehat," katanya kepada pemberita ketika melawat Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 (NBOS 3) di sini, Sabtu.

Projek itu melibatkan Kementerian Pertahanan dan Industri Pertanian dan Asas Tani untuk penanaman tembikai melon menggunakan kaedah fertigasi.

JPA ketiadaan pemimpin selepas Tan Sri Abu Bakar Abdullah tamat perkhidmatan pada 1 Julai lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Datuk Faridah Mohd Ali telah ditugaskan untuk memangku tugas beliau.

Dr Ali berkata beberapa nama sedang dipertimbangkan untuk jawatan itu tetapi enggan menamakan calon.

Difahamkan, bagaimanapun, Faridah dan dua orang calon wanita lain sedang dipertimbangkan.

Faridah sebelum ini bekerja di Unit Perancang Ekonomi.

Dua orang calon wanita yang lain yang disebut-sebut sebagai calon adalah Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madinah Mohamad dan Ketua Setiausaha Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Artikel Berikut

Lajim Digesa Supaya Keluar Umno

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel