suria

Kebakaran Kapal Tangki: Bomba Berjaya Naiki Kapal, Lakukan Kerja Halang Kebocoran

KOTA KINABALU: Bomba berjaya menaiki kapal Bunga Alpinia 3 pada Ahad, kira-kira 80 jam selepas kejadian kebakaran dan letupan kapal tangki MISC di Labuan.

Tugas segera mereka adalah menyembur buih untuk memadamkan kebakaran-kebakaran kecil di samping cuba untuk sampai ke tangki diesel kapal bagi menghalang sebarang kebocoran bahan api ke dalam laut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata 12 anggota bomba menaiki kapal yang rosak teruk itu pada pukul 11.30 pagi Ahad.

"Kami meneruskannya perlahan-lahan kerana keadaan masih agak berbahaya," kata Madasin.

Beliau berkata, bomba juga mencari anak kapal anak kapal yang hilang Mohd Nazrin Khamsani, 20, Kuala Lumpur.

Zainal berkata air laut telah disembur di atas kapal itu sepanjang hari Sabtu sehingga ia dipastikan cukup sejuk untuk dinaiki.

Ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sabah Laksamana Pertama M.Karunanithi berkata tumpahan minyak yang kecil telah dikesan di sekitar kapal.

Beliau berkata masalah itu sedang ditangani oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut.

Kapal tangki itu memuatkan kira-kira enam tan metanol di jeti Methanol Petronas Labuan di Pulau Enoe pada Khamis apabila berlaku kebakaran kecil semasa angin ribut.

Api itu bertukar marak dengan tercetus sekurang-kurangnya tiga letupan utama yang boleh dirasai di seluruh pulau.

19 anak kapal, termasuk tekong, berjaya menyelamatkan diri.

Mayat empat anak kapal yang hilang telah ditemui sejak itu di laut hanya beberapa meter dari tempat tragedi.

Artikel Lain