suria

Lima Lelaki Termasuk Bekas Banduan Ditahan Selepas Cubaan Samun

KUALA LUMPUR: Lima lelaki termasuk seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang pada Mac lepas, ditahan polis di Simpang 3, Taman Segambut di sini, Sabtu setelah gagal menyamun sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata kesemua suspek yang berumur antara 18 dan 25 tahun sebelum itu cuba menyamun sebuah kereta Perodua Myvi di Stesen Petrol BP Pekan Rawang pada kira-kira 4 pagi.

"Polis segera ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat. Menyedari kehadiran kami, kesemua suspek yang menaiki kereta Proton Waja bertindak memecut hingga melanggar sebuah kereta Proton Gen 2 yang dinaiki empat wanita warga Thailand," katanya dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini, Sabtu.

Kesemua suspek mengalami kecederaan dan mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap kereta suspek, yang dipercayai kereta curi, polis menemui sebilah pedang samurai dan empat bilah pisau. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain