Kerajaan Sentiasa Libatkan Golongan Muda Dalam Usaha Bina Negara - PM - Semasa | mStar

Kerajaan Sentiasa Libatkan Golongan Muda Dalam Usaha Bina Negara - PM

PUTRAJAYA: Kerajaan sentiasa berusaha untuk melibatkan dan memahami cita rasa golongan muda dalam usahanya membina masa depan negara yang lebih baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kerajaan mahukan supaya golongan ini menggunakan idealisme dan daya kreatif mereka untuk bukan hanya menerima segalanya daripada kerajaan, tapi juga untuk menyumbang kepada masyarakat.

Beliau berkata, dalam perjuangan untuk mencapai hasrat ini pastinya golongan muda dalam negara menanam harapan tinggi bagi mendapatkan akses yang luas kepada pendidikan yang berkualiti dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat tertinggi.

Menurutnya, inilah tanggungjawab kerajaan, untuk memberitahu golongan muda ini bahawa sekiranya mereka seorang warganegara Malaysia yang sanggup bekerja, belajar bersungguh-sungguh, berbekalkan sedikit kepandaian, cita-cita mereka pasti boleh menjadi kenyataan.

"Sebab itu kita buat dasar transformasi negara, buat hari ini tapi hasilnya ialah pada tahun-tahun akan datang," katanya semasa berucap pada majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama pemimpin pelajar pengajian tinggi serta pemimpin pertubuhan belia di Seri Perdana di sini.

Perdana Menteri memberi contoh beberapa inisiatif kerajaan seperti baucar buku untuk pelajar, bantuan untuk murid sekolah rendah serta menengah, dan banyak lagi semasa sesetengah pihak hanya bertindak untuk melontar isu demi isu, dan menabur pelbagai janji semasa tiada kuasa.

Beliau berkata, rekod kerajaan dengan jelas menunjukkan keberhasilan negara dan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang sentiasa berhasrat untuk mendampingi golongan muda memalui pelbagai platform yang diusahakannya, umpamanya program Himpunan Jutaan Belia, Konvensyen Pemimpin Muda Negara serta inisiatif besar-besaran terbaru program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U).

Seterusnya, Najib berkata, pemimpin juga adalah insan biasa, yang akan merasa amat puas sekiranya beliau dapat menghulur bantuan dan membawa keriangan kepada mereka yang memerlukan.

"Misalnya secara peribadi kalau saya dapat tolong seorang anak yatim, orang miskin, golongan orang kurang upaya dan sebagainya, sepanjang hari saya akan dapat kepuasan. Ini adalah antara kepuasan menjadi pemimpin, kepuasannya juga sebagai seorang insan yang mahukan keredhaan daripada Allah," katanya.

Perdana Menteri kemudiannya menerima kad ucapan selamat hari lahir daripada beberapa wakil majlis pelajar serta wakil pertubuhan belia, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-59.

Selepas berbuka, Najib menunaikan solat Maghrib bersama para hadirin dan sempat beramah mesra dengan para pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menjadi juara pertandingan mencipta robot peringkat kebangsaan (Robocon) 2012, yang akan ke pertandingan peringkat antarabangsa di Hong Kong bulan depan.

Turut serta di majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, wakil-wakil majlis perwakilan pelajar serta wakil pertubuhan belia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini