Bayi Enam Bulan Maut Tercampak Keluar Dari Kereta - Semasa | mStar

Bayi Enam Bulan Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

SEREMBAN: Seorang bayi berusia enam bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu bapanya yang terbabas di Kilometer 232.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam Jumaat, Faris Iqbal Abdullah mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia ketika mendapat rawatan kecemasan di Hospital Melaka.

Bapa mangsa, Faiq Irfan Abdullah, 38, pula patah bahu kiri manakala ibunya Faniseh Mohamad, 35, yang turut berada di dalam kenderaan itu patah bahu kanan dan bengkak di muka dan kedua-dua mereka menerima rawatan di hospital sama.

Jurucakap polis berkata siasatan awal mendapati kereta proton Iswara Aeroback yang dipandu bapa mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi menyebabkan kereta dinaiki mangsa hilang kawalan.

"Akibat geselan itu, kereta yang dinaiki tiga beranak itu terbabas ke kiri jalan dan merempuh tembok batu penghadang jalan menyebabkan mangsa tercampak keluar.

"Pemandu bersama isteri dan bayi lelaki cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bagaimanapun, bayi itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi," katanya.

Katanya pemandu kereta Perodua Myvi terbabit pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut berhubung punca sebenar kejadian masih dijalankan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Anggota Polis Maut Rempuh Treler Di Nilai

Artikel Berikut

Bayi Kembar Siam Berjaya Dipisahkan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain