Polis Buru 525 Individu Beli Ijazah Palsu - Semasa | mStar

Polis Buru 525 Individu Beli Ijazah Palsu

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan 525 individu yang didakwa membeli ijazah dan sijil palsu dari universiti-universiti antarabangsa yang tidak wujud.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis akan mengambil keterangan 525 individu tersebut bagi membantu siasatan.

Sindiket tersebut yang aktif sejak 2003 telah menjual sijil dan ijazah palsu bernilai hampir RM5 juta.

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai dalang kegiatan itu dan seorang wanita, 36, susulan laporan dalam sebuah akhbar Bahasa Melayu baru-baru ini.

Tun Hisan berkata, siasatan setakat ini menunjukkan sindiket tersebut didalangi dua suspek.

Difahamkan, isteri kepada dalang kegiatan itu adalah seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

Katanya, susulan laporan dan maklumat dari Kementerian Pengajian Tinggi, polis menyerbu sebuah pejabat milik sindiket tersebut di Jalan USJ 10/1A di Subang Jaya pada Rabu.

"Kami berjaya merampas senarai penerima sijil palsu, borang permohonan dan pelbagai dokumen lain," katanya.

Sindiket tersebut menjual sijil-sijil berkenaan secara dalam talian dengan menawarkan segulung ijazah sarjana muda pada harga RM6,500, sarjana RM8,500 dan doktor falsafah (PhD) RM10,500 dengan tambahan RM1,000 sebagai bayaran untuk menghadiri majlis konvokesyen.

Sindiket yang mendakwa kesemua sijil itu dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta dikatakan akan bergabung dengan lima universiti yang dikenal pasti sebagai Universiti Rock Hampton dan Universiti Antarabangsa Harvey di Amerika Syarikat (AS) bersama-sama dengan Universiti Cannington Brook dan Universiti Glastonbury di United Kingdom serta Universiti Charles Molnar.

Polis turut berkata, pemeriksaan mendapati universiti di AS dan Britain itu tidak wujud.

Apabila nama universiti antarabangsa itu dimasukkan ke dalam enjin carian di laman web Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), tiada keputusan carian ditemui.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL