suria

MIC Sokong Kajian BN Tawan Semula Kedah

PADANG SERAI: MIC Kedah menyokong hasil kajian bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kedah dan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, S. Ananthan berkata pihaknya turut mendapati pengundi India kini khususnya di kawasan yang terdapat ramai masyarakat India seperti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas dan Bukit Selambau beralih menyokong BN.

"Berlaku pendirian lebih positif di kalangan pengundi yang semakin condong menyokong BN," katanya kepada Bernama. Belau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fuad Mohd Jali bahawa BN dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 termasuk menawan semula sekurang-kurangnya Selangor dan Kedah.

Kajian itu didapati hasil temubual pihaknya dengan 1,400 responden di Kedah dan Selangor dari Mac hingga Mei lalu.

Ananthan yang juga Penyelaras BN DUN Lunas berkata misalnya di Pusat Khidmat DUN tersebut, semakin ramai masyarakat India yang mengunjungi pusat itu. "Pusat berkenaan yang diwujudkan sebaik BN tewas di DUN Lunas pada 2008, kini menjadi tempat mengadu dan memohon bantuan. "Lebih-lebih lagi selepas Adun Lunas, M ohammad Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas sejak 2009.

"Begitu juga dengan Anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR dan menjadi Anggota Parlimen Bebas pada 2011.

"Sebilangan besar daripada masyarakat India di situ hilang tempat bergantung. Setiap bulan beratus orang datang untuk mendapat pelbagai kemudahan, nasihat dan bantuan yang pihaknya tidak pernah pun menolak tetapi sedia mendengar masalah mereka," kata Ananthan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain