suria

Mahkamah Tolak Saman Lynas Terhadap SMSL

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan injunksi oleh Lynas terhadap SMSL Sdn Bhd dan lima yang lain daripada menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Hakim John Louis O'Hara memerintahkan kos berjumlah RM5,000 dibayar kepada defendan.

Dalam tuntutan yang difailkan pada 19 April, Lynas menamakan SMSL dan dua pengarahnya Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow sebagai defendan.

Lynas Corporation Ltd dan Lynas Malaysia Sdn Bhd mendakwa bahawa defendan telah menerbitkan kenyataan fitnah melalui artikel terhadap mereka.

Artikel Berikut

Artikel Lain