suria

Lebih 500 Permohonan Program Kepulangan Pakar Dilulus Tahun Ini

PUTRAJAYA: Setakat ini, lebih 500 permohonan untuk Program Kepulangan Pakar (REP) telah diluluskan pada tahun ini.

Sejumlah 680 permohonan telah diluluskan untuk sepanjang tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, jumlah permohonan telah diluluskan dalam tempoh 18 bulan selepas TalentCorp mentadbir program berkenaan dengan 1,192 permohonan.

“Ia merupakan satu lonjakan yang besar,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa REP pada Khamis.

Nor Mohamed Yakcop menambah, sebelum TalentCorp mengambil alih pentadbiran bagi program tersebut, hanya 1,130 permohonan diluluskan antara 2001 dan 2010.

Artikel Berikut

Artikel Lain