suria

Kastam Sabah Rampas 10,529 Paket Mercun, Bunga Api Seludup

KOTA KINABALU: Kastam Sabah merampas 10,529 bungkusan mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api seludup bernilai RM67,545.50 dengan cukai lebih RM20,000 pada Isnin lepas.

Pengarahnya Dr Janathan Kandok berkata dalam serbuan di dua buah rumah di Likas dan Tuaran itu pihaknya turut menahan dua lelaki untuk membantu siasatan.

"Mercun dan bunga api seludup itu disyaki akan dijual sempena sambutan Aidilfitri tahun ini," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Janathan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda minimum 10 kali ganda nilai terlibat dan maksimum 20 tahun penjara atau kedua-duanya.

Beliau turut menasihati penduduk Sabah agar tidak membeli bunga api dan mercun yang tidak diluluskan pihak berkuas kerana pembakaran kedua-dua produk tersebut boleh mendatangkan bahaya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain