suria

Felda Peruntuk RM563 Juta Untuk Isteri Peneroka - Ahmad Maslan

TEMERLOH: Sebanyak RM563 juta diperuntukkan bagi pemberian 'durian runtuh' untuk isteri peneroka di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata pemberian RM5,000 seorang itu melibatkan 112,635 isteri peneroka.

"Pahang mencatat jumlah pembayaran yang tertinggi iaitu sebanyak RM215.6 juta melibatkan 43,124 penerokawati," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang terbabit kepada 900 isteri peneroka di Felda Lakum dan Bukit Damar Lanchang, di sini.

"Kita berharap mereka berbelanja secara berhemah dan menyimpan di institusi kewangan bagi membiayai pelajaran anak-anak atau bekalan di hari tua," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain