suria

Penjawat Awam Ditahan Miliki Senapang, Dadah

SETIU: Seorang penjawat awam berusia 32 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah dan memiliki selaras senapang patah buatan sendiri, di sini, Khamis.

Lelaki tersebut ditahan dalam Ops Tapis ketika polis melakukan serbuan di rumahnya di Kampung Bukit, Sungai Tong, di sini pada pukul 4.30 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supertitendan Rohaizat Abd Ani berkata, dalam serbuan itu, polis turut menemui lapan butir peluru, dua ketul ganja mampat seberat 26.40 gram dan 10 bili pil kuda jenis WY di dalam bilik rumah berkenaan.

Polis juga turut merampas wang tunai RM1,150, dipercayai hasill jualan dadah dan suspek baru enam bulan bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Sungai Tong, katanya kepada pemberita di sini.

Rohaizat berkata, suspek dipercayai menyimpan senapang patah itu untuk tujuan menjaga kebun milik bapanya mertuanya.

Katanya, hasil ujian saringan mendapati bapa kepada dua anak itu turut positif dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu, dalam operasi berkenaan, seramai tujuh lelaki berusia 17 dan 28 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Sungai Tong kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. - BERNAMA

Artikel Lain