suria

'Pelakon' Lucah Macam Ariel Tidak Harus Disanjung

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham diiringi anggota polis selepas dibebaskan di penjara Kebon Waru, Bandung, Indonesia pada 23 Julai lalu.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham diiringi anggota polis selepas dibebaskan di penjara Kebon Waru, Bandung, Indonesia pada 23 Julai lalu.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham diiringi anggota polis selepas dibebaskan di penjara Kebon Waru, Bandung, Indonesia pada 23 Julai lalu.

Adoiii

TARIKH 23 Julai 2012 merupakan hari yang bermakna buat penyanyi kumpulan Peterpan iaitu Ariel yang dibebaskan dari pusat tahanan Kebon Waru, Bandung, Indonesia selepas dua tahun berada dalam penjara.

Dia didapati bersalah kerana terlibat dalam penyebaran video lucah dan perlakuan seksnya bersama selebriti Luna Maya dan Cut Tari.

Ariel merupakan artis yang top di Malaysia. Anak-anak muda di negara ini kerap memilih lagu-lagunya ketika berada di pusat-pusat hiburan karaoke. Dalam masa yang sama wang negara ini mengalir masuk ke Indonesia bagi membayar royalti tanpa kita sedar.

Semasa Ariel ditahan dan di dapati bersalah, para peminatnya di Indonesia menangis tersedu-sedu. Mereka tak sanggup melihat Ariel, pelakon video lucah ini masuk penjara.

Dan ketika dia dibebaskan pula, ratusan peminat berasak-asak di perkarangan penjara untuk memberi sokongan kepada Ariel. Mereka gembira apabila dia akhirnya dibebaskan lebih awal berbanding tempoh sepatutnya iaitu selama tiga tahun.

Melihat situasi itu, saya berharap budaya membela mereka yang runtuh moralnya tidak terjadi kepada rakyat di negara ini.

Peminat-peminat Ariel harus ingat, artis itu bukan sekadar buruk akhlaknya tetapi perbuatannya telah merosakkan sebahagian besar pemikiran masyarakat yang selama ini terlalu mengagung-agungkannya.

Dalam era moden ini, saya pasti video perlakuan lucahnya itu tersebar dengan mudah. Ia boleh ditatap oleh jutaan anak-anak muda. Ariel yang disanjung secara tidak langsung itu berjaya menyebarkan pemikiran tidak senonoh dalam masyarakat.

Tapi sayang, artis seperti inilah disanjung tinggi. Masyarakat terlupa, Ariel tidak membawa apa-apa faedah langsung untuk diberi sanjungan.

Dia sepatutnya direjam kerana perbuatannya itu benar-benar melampaui batas selain dilarang keras oleh mana-mana agama sekalipun.

Saya juga percaya, dengan populariti yang berterusan terhadap Ariel, syarikat rakamannya akan mengambil kesempatan untuk menghasilkan album lalu menjualnya termasuklah ke pasaran negara ini.

Saya juga pasti, wakil artis itu di Malaysia akan turut terlibat mempromosikan album itu dan Ariel seterusnya akan menerima sanjungan tanpa melihat dia sebenarnya patut terus dihukum.

Budaya membawa masuk artis yang buruk akhlak dan diberi sanjungan di negara ini sebenarnya sedang menular secara senyap.

Baru-baru ini bekas vokalis Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir yang bersalah dan ditahan di penjara kerana terlibat dengan dadah diberi peluang untuk membuat persembahan. Albumnya turut diedarkan.

Saya mahu menarik perhatian ketika Tok Mat (Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat) yang menjadi Menteri Penerangan suatu ketika dahulu pernah melarang Wings dan Search muncul di RTM kerana imej berambut panjang yang dilihat mencemar budaya dan kesopanan remaja ketika itu.

Artis-artis yang bersalah akibat kes-kes dadah dan khalwat juga digam dan dilarang untuk muncul di stesen televisyen berkenaan agar ia menjadi pengajaran supaya perlakuan seumpama itu tidak terus berlaku.

Tapi berbeza pula pada hari ini apabila artis-artis yang terlibat dengan kes-kes jenayah dan dadah masih diberi peluang.

Jika peraturan yang ketat tidak dilakukan terhadap pesalah-pesalah ini, percayalah, suatu hari nanti setiap perbuatan yang tidak bermoral akan menjadi halal yang seterusnya melahirkan lebih ramai masyarakat yang terhakis sifat kesopanan.

Jika usaha membendungnya tidak dilakukan, tidak mustahil budaya memberi sanjungan kepada pesalah seks seperti Ariel akan terjadi di negara ini.

Apakah tindakan kita sekiranya peminat merusuh untuk membela artis yang ditangkap khalwat?

NIEZAM: Bahagia tengok seorang pengarah filem tangkap 'cintan' dengan seorang pelakon baru. Wow... wow!!!

Artikel Lain