suria

Kedai Perabot Lima Tingkat Musnah Dalam Kebakaran

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai perabot lima tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Titiwangsa 2, Taman Tampoi Indah, di sini Khamis.

Pegawai Operasi Kanan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Omera Omar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 3.36 petang dan tiga jentera bomba bersama empat kenderaan utiliti digegaskan ke lokasi.

"Api yang dipercayai bermula dari tingkat bawah sedang marak ketika bomba tiba di premis berkenaan dan 23 anggota bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada pukul 4 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian sedang disiasat. - BERNAMA

Artikel Lain