Jurukimpal Didakwa Bunuh Wanita Mengandung Lima Bulan - Semasa | mStar

Jurukimpal Didakwa Bunuh Wanita Mengandung Lima Bulan

KUALA LUMPUR: Seorang jurukimpal didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang wanita mengandung lima bulan, tiga minggu lalu.

R.Lingeswaran, 21, didakwa membunuh E.Valley, di sebuah kawasan di No.7 Lot 1251, Juara Engineering (M) Sdn Bhd, Batu 19, Jalan Rawang-Batu Arang Rawang, Gombak pada 10.40 malam, 4 Julai lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Lingeswaran mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil. Namun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Mohd Isa Md Nor menetapkan 4 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S.Arunjothy manakala Lingeswaran tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan mayat seorang wanita ditemui berhampiran pagar sebuah stor menyimpan besi di Kawasan Perindustrian Sungai Dua, Rawang. - BERNAMA

Artikel Berikut

Kakitangan Awam Di Selangor Dapat Bonus

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain