suria

Bayaran Doktor, Pakar Akan Ditingkatkan Sehingga 14 Peratus - Liow

KUALA LUMPUR: Kadar bayaran yuran bagi khidmat doktor dan pakar dalam sektor swasta mungkin memperlihatkan peningkatan sebanyak 14 peratus jika diluluskan oleh Kabinet, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kementerian menjalankan semakan semula setiap lima tahun.

Kementerian kini dalam peringkat akhir menyemak yuran pergigian sebelum struktur baru dibentangkan kepada Kabinet untuk diluluskan.

"Kami berharap untuk membawanya kepada Kabinet pada tahun ini," katanya selepas pelancaran Pusat Neurosains ANOC dan Ortopedik.

Liow berkata penyemakan semula yuran dibuat bagi memastikan ia kompetetif memandangkan yuran di sini rendah berbanding negara lain di dunia kerana kawalan kerajaan.

Beliau berkata pada masa ini, aduan utama bukan terhadap yuran doktor 'tetapi yuran hospital yang terlalu tinggi yang mana kementerian sedang berusaha untuk menyelesaikannya dengan hospital swasta, insurans dan organisasi pengurusan penjagaan.

Artikel Lain